Popular

Ferry Schedule For September 2017 (Mersing - Tioman - Mersing) And (Tanjung Gemok - Tioman - Tanjung Gemok)




Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia yang tercinta. abang Wan berharap semua berada didalam keadaan sihat wal-afiat. Tidak lupa kepada pembaca yang abang hargai kerana menjadikan blog abang sebahagian rujukan bersama. Macam biasa lah kerja abang semalam uruskan pelancong masuk ke Pulau, sambil-sambil tu, geng-geng abang bagitahu jadual feri sudah keluar, kita pun ambil dan terus update pagi ni. Dalam sejarah abang selama abang berkhidmat, pertama kali abang kena tipu dengan pelancong suami isteri, mereka menipu abang duit pakej honeymoon RM900 pakej 3 hari 2 malam, bertabahlah kita kan.. tidak mengapalah abang anggap lah memang bukan rezeki kita kan. Pengalaman abang ni bukan agent yang tipu, tapi pelancong sendiri yang tipu. Dengan pengalaman ini abang akan lebih berhati-hati lagi. Kepada anda yang ingin mencari pakej yang berbaloi atau mendapatkan tiket feri, boleh lah menghubungi abang di talian 019-2941683 .. Jangan lupa yer contact abang. Assalamualaikum.
Previous
Next Post »