Popular

Ferry Schedule For August 2016 (Mersing - Tioman - Mersing) & (Tg. Gemok - Tioman - Tg. Gemok)



Assalamualaikum, 
Salam Aidilfitri & Salam Syawal buat semua teman -teman yang berada di serata pelusuk dunia. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita berjaya berpuasa sebulan. Jadual feri abang baru je  dapat semalam, agak kepenatan semalam tidak sempat nak update pada hari yang sama.
untuk jadual feri dari Tg Gemok nanti abang akan update kemudian ye. 2, 3 hari ini abang pening kepala, batuk-batuk sikit suara pun serak sangat. abang perlu ambil masa sikit untuk pulihkan keadaan, andai teman teman call ada dengar suara mcm amy search tu maaf banyak - banyak tau. 
Untuk pengetahuan semua rakan - rakan & teman - teman, cuaca di Pulau Tioman amat dalam keadaan baik, berangin sejuk - sejuk pada sebelah malamnya. sesuai untuk kepada sahabat-sahabat yang berkeluarga membawa anak berehat di Pulau Tioman.
Seandainya tuan puan ingin membeli tiket feri ke Pulau Tioman, boleh membelinya dengan abang sendiri. 
Abang wan menyediakan pembelian melalui talian online bagi memudahkan sahabat - sahabat yang tidak mahu risau masalah tiket kehabisan. Sahabat - sahabat boleh klik link dibawa untuk membeli.


Selepas tuan puan selesai membuat pembayaran sila:
1. Isi Form
2. Lampirkan Resit Pembayaran
3. Tuan puan akan menerima confirmation letter dari abang
*seandainya seat feri sudah penuh pada tarikh & waktu yang di pilihan, abang wan akan hubungi dengan kadar segera untuk memaklumkan (mohon isi number telephone aktif yang betul)

Pada hari tuan puan masuk pulau (sila tiba 1 jam 30 minit awal):
1. Jumpa di jeti depan kaunter no-5 (jeti Mersing)
2. Terima Ticket
3. Register nama dengan syarikat feri
4. Beli ticket Marine Park & Sultan Iskandar tax (hanya pengguna jeti mersing sahaja)
5. Ambil boarding pass di kaunter yang disediakan
6. Belayar ke pulau tioman.

Previous
Next Post »

1 ulasan:

Catat ulasan
atika adha
AUTHOR
10.8.16 delete

Hi En,

Boleh bagi saya quotation untuk bulan 10 tak?
Quotation untuk 6 org...

Reply
avatar